Saringan Kesihatan

Pelbagai rawatan yang ditawarkan di klinik.

Saringan Kesihatan Pekerja / Pelajar


Saringan kesihatan adalah cara yang amat efektif untuk mengesan sebarang penyakit atau masalah perubatan, meskipun tiada tanda-tanda yang kelihatan.

Health Screening Program ( HSP 3.0 ) adalah saringan kesihatan percuma yang terbuka kepada pekerja berusia 40 tahun dan ke atas serta mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan. Namun, saringan kesihatan percuma turut ditawarkan kepada pekerja berumur 30-39 tahun yang mempunyai risiko kesihatan.

Download app Health Screening Program (HSP) Perkeso / SEHATI di link di bawah dan hadirkan diri anda ke klinik kami untuk menjalani ujian saringan. 

https://play.google.com/store/apps/details?id=io.sehati&pcampaignid=web_share

Anda di minta berpuasa dari jam 10 malam sebelumnya untuk ujian darah. 

Pemeriksaan kesihatan bagi Permohonan Lesen Baru / Pembaharuan Lesen GDL

Permohonan lesen baru / Pembaharuan lesen yang memerlukan sokong pengesahan atau apa-apa pemeriksaan kesihatan juga akan dibantu untuk memudahkan proses pembaharuan.

Makluman tentang hasil pemeriksaan kesihatan anda akan diterangkan oleh doktor secara sepenuhnya.

Anda Ada Sebarang Pertanyaan?

Hubungi kami sekarang untuk dapatkan percuma konsultasi.